Penyelarasan Strategik Pembangunan Forest City dan Zon Kewangan Khas
Mesyuarat Penyelarasan antara pihak Forest City, Bahagian Perancangan Ekonomi Johor (BPENJ), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Invest Johor, dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi membincangkan perkembangan serta hala tuju strategik pembangunan Forest City dan pelaksanaan Zon Kewangan Khas Forest City (Forest City Special Financial Zone, FC SFZ).
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha menyelaraskan dasar, insentif pelaburan, serta infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kawasan ini. FC SFZ telah diperkenalkan sebagai zon kewangan khas yang berdaya saing, dengan pelbagai insentif menarik bagi sektor kewangan, teknologi, dan inovasi.
Salah satu inisiatif utama yang telah mendapat sambutan menggalakkan adalah penubuhan Family Office di FC SFZ. Konsep Family Office ini menawarkan platform pengurusan kekayaan dan pelaburan yang lebih terstruktur untuk individu bernilai tinggi dan pelabur global yang ingin menempatkan aset mereka di Malaysia, khususnya di Johor. Dengan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dan persekutuan, kami telah menerima permohonan Family Office daripada rantau ini yang telah menunjukkan minat untuk beroperasi di FC SFZ, menjadikannya sebagai destinasi strategik bagi pengurusan kekayaan antarabangsa.
Inisiatif Family Office ini turut sejajar dengan usaha Johor untuk menarik pelaburan bernilai tinggi serta memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai pusat kewangan dan perkhidmatan global di rantau Asia Tenggara. Melalui kelebihan seperti sistem kewangan yang stabil, insentif cukai yang kompetitif, dan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia, FC SFZ dijangka menjadi salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi Johor dalam tahun-tahun mendatang.
Kerjasama erat antara sektor awam dan swasta akan terus diperkukuh bagi memastikan kejayaan pelaksanaan FC SFZ. Dengan langkah-langkah strategik yang diambil serta komitmen daripada semua pihak, Forest City bersedia untuk menjadi hab ekonomi yang dinamik, menarik pelaburan global, dan menyediakan peluang ekonomi yang mampan kepada rakyat Johor serta Malaysia secara keseluruhannya.
今天,Forest City、柔佛经济规划局 (BPENJ)、依斯干达区域发展局 (IRDA)、Invest Johor 和 依斯干达公主城市政厅 (MBIP) 召开了一次协调会议,深入探讨 Forest City 发展规划 以及 Forest City 特别金融区 (Forest City Special Financial Zone, FC SFZ) 的实施进展。
会议重点关注政策协调、投资激励措施以及基础设施的完善,以加速该地区的经济发展。FC SFZ 作为一个极具竞争力的金融特区,提供了一系列吸引投资者的政策激励。
其中,Family Office(家族办公室)计划 在 FC SFZ 的落地,已获得市场的积极响应。Family Office 为高净值个人和全球投资者提供更完善的财富管理与投资解决方案,使他们能够更高效地在马来西亚(特别是柔佛)进行资产配置。随着政府和本地机构的大力支持,越来越多 Family Office 表达了在 FC SFZ 设立业务的兴趣,使其成为全球财富管理中心的重要布局之一。
Family Office 计划的推进,也与柔佛州吸引高质量投资、打造东南亚金融与服务业中心的战略目标高度契合。借助稳定的金融体系、极具竞争力的税收优惠政策,以及国际化的基础设施,FC SFZ 未来有望成为推动柔佛经济增长的核心引擎之一。
政府与私人企业的紧密合作将进一步强化 FC SFZ 的成功实施。通过一系列战略举措以及各方的坚定承诺,Forest City 正在迈向一个充满活力的经济中心,吸引全球投资,并为柔佛乃至整个马来西亚带来可持续的经济发展机遇。