Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas perkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Titah DYAM Tunku akan menjadi panduan dan semangat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk terus memperkukuh sektor ekonomi, pendidikan, infrastruktur, dan kesihatan melalui dasar-dasar berimpak tinggi. Usaha ini akan digembleng melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan, sektor swasta, dan seluruh Bangsa Johor demi menjamin kesejahteraan menyeluruh negeri yang dicintai.

Semoga sidang kali ini berlangsung dengan lancar, menjadi medan muafakat, merangka dasar yang inklusif, dan memastikan setiap suara Bangsa Johor terus diangkat dalam tadbir urus negeri yang cekap, berintegriti, dan berwibawa.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor