Prestasi Kutipan Hasil Negeri Johor Bagi Tahun 2021-2025
Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu kufur nikmat, sesungguhnya azabku amat pedih”.
Alhamdulillahi robbil alamiin. La haw la wala quwwata illa billah. Johor telah mencatatkan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah negeri berjumlah RM2.67 bilion berakhir 31 Disember 2025.
Insya-Allah, kutipan hasil negeri yang melimpah ruah ini akan terus dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, kemudahan dan kebajikan Bangsa Johor.
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas segala sokongan, panduan dan nasihat berterusan yang menekankan keutamaan tadbir urus dan kestabilan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri (ADUN), seluruh penjawat awam, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakyat Johor yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Saya sedar dan insaf, masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemas. Justeru, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk melakukan yang lebih baik bagi memastikan hasil negeri dimanfaatkan secara adil dan lebih ramai Bangsa Johor dapat menikmati manfaatnya.
Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak untuk Johor terus melangkah ke hadapan dengan lebih tersusun dan berdaya saing, demi menjamin masa depan negeri yang maju, makmur dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




