Program Infaq Jumaat Johor Di Masjid Kampung Melayu Majidee

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, di samping menyantuni Program Infaq Jumaat Johor yang terus menjadi wadah menyemarakkan budaya bersedekah, berkongsi rezeki dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan Bangsa Johor.

Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk “Melentur Buluh Dari Rebungnya” mengingatkan kita bahawa usaha membentuk generasi beriman, berilmu dan berakhlak mulia perlu bermula sejak usia awal. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada ibu bapa, malah menuntut peranan seluruh masyarakat dalam menyemai kasih sayang, adab, disiplin serta rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak.

Nilai kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab bersama yang ditekankan menerusi khutbah tersebut turut diterjemahkan melalui pelaksanaan Program Infaq Jumaat Johor. Selesai solat, lebih 300 pek makanan hasil sumbangan para penginfaq telah diagihkan kepada para jemaah yang hadir sebagai tanda perkongsian rezeki dan kepedulian sesama masyarakat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menjayakan Program Infaq Jumaat Johor. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin dalam menyemarakkan budaya bersedekah dan berkongsi rezeki, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan, keprihatinan serta saling membantu dalam membina masyarakat Bangsa Johor yang penyayang dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #InfaqJumaatJohor

Skip to content