WALKABOUT EDARAN LIMAU SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA ADUN N50 BUKIT PERMAI

Alhamdulillah, sepagi ini seusai Semarak Subuh, saya telah mengadakan lawatan dan mengedarkankan limau mandarin di Pasar Cina di kawasan Bandar Putra sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan utama di Malaysia yang diraikan dengan penuh semangat dan meriah. Dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum, edaran limau mandarin sering diadakan sebagai simbol penghormatan, kemakmuran, dan keharmonian.

Edaran limau mandarin sempena Tahun Baru Cina bukan sekadar tradisi, tetapi juga satu usaha murni untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya di Negeri Johor ini.

Semoga tradisi ini terus dikekalkan dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menghormati kepelbagaian budaya di negara ini seperti yang selalu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah tadbir urus YAB MB Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Terima kasih kepada yang sudi bersama tadi.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor