Ramah Mesra bersama Anak-Anak Johor di Korea
Syukur Alhamdulillah, semasa lawatan kerja ke Korea, saya dan delegasi Kerajaan Negeri berpeluang bertemu dengan anak-anak Johor di Korea dalam sesi ramah mesra yang berlangsung di Itaewon, Seoul.
Sesi ini telah dihadiri oleh 47 orang anak Johor yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea dimana ia bukan sahaja bagi merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Bangsa Johor di Korea, malah mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama kita. Saya amat bangga melihat semangat mereka dalam membawa nama negeri Johor dan negara Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Selain berkongsi tentang perkembangan di Johor, saya turut mengambil kesempatan untuk mendengar pandangan serta pengalaman mereka sepanjang berada di Korea. Dalam sesi ramah mesra tersebut, saya menyeru agar anak-anak Johor yang berada di perantauan untuk kembali dan bersama-sama membangunkan Negeri Johor selepas tamat pengajian nanti.