Sesi Ramah Mesra Dengan Orang Muda Johor Melalui TMIYC
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang mengilhamkan penubuhan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) sebagai inisiatif membangun dan memperkasa belia di negeri Johor.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang hadir ke satu sesi ramah mesra dengan Orang Muda Johor yang cukup bermakna. Sesi ini membuka ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan, cadangan, dan harapan mereka terhadap pembangunan Orang Muda Johor melalui TMIYC sebagai pusat pembangunan sahsiah, potensi, dan kepimpinan.
TMIYC dibangunkan dengan pelbagai kemudahan seperti skatepark, wall-climbing, trek joging, ruang acara untuk program pembangunan diri dan banyak lagi. Setiap pusat direka mengikut keperluan dan minat belia setempat, memastikan kesesuaian dan keberkesanan program yang ditawarkan.
Kerajaan Negeri Johor komited untuk menjadikan TMIYC sebagai hab pembangunan belia yang inklusif, moden, dan progresif. Usaha ini selari dengan aspirasi menjadikan Johor sebagai negeri contoh dalam pembangunan modal insan generasi muda, melalui modul pendidikan, kepimpinan, keusahawanan, sukan, rekreasi, dan kesukarelawanan.
Insya-Allah, dengan sokongan padu dari semua pihak, TMIYC akan terus melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berwawasan, dan mampu menjadi pemimpin masa depan yang membanggakan negeri dan Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




