Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Di Daerah Mersing
Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Daerah Mersing, iaitu SK Pusat Air Tawar, SJK (C) Chiao Ching dan SK Labong, Endau yang menempatkan 90 keluarga melibatkan 347 mangsa susulan keadaan cuaca hujan yang berlarutan.
Sebagai langkah kesiapsiagaan, segala operasi menyelamat serta pengurusan bantuan sedang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing dengan kerjasama semua agensi berkaitan. Saya juga telah meminta Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, bersama pasukan JPBD untuk sentiasa turun padang melawat ke PPS bagi memantau situasi semasa serta menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan.
Kerajaan Negeri akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan aspek kebajikan, keselamatan serta keperluan asas mangsa diberi perhatian sewajarnya. Saya menyeru seluruh Bangsa Johor, khususnya di kawasan berisiko, agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Semoga Allah SWT melindungi seluruh Bangsa Johor, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan kepada semua yang diuji dengan musibah ini.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




